Latar Belakang


Bandar Pekan berkeluasan seluas 3846.14 kilometer persegi (385.135 hektar). Pekan mempunyai 11 mukim iaitu Pekan, Bebar, Temai, Lepar, Kuala Pahang, Langgar, Ganchong Pahang Tua, Pulau Manis , Pulau Rusa dan Penyor. Pekan terletak kira-kira 6437km daripada Laut China Selatan.  Kedudukan Bandar Pekan ialah di tebing Sungai Pahang, sungai terpanjang di semenanjung Malaysia iaitu sejauh 477.97km (297 batu). Terdapat pula Sungai Parit dan Sungai Air Hitam di kiri dan kanan kawasan Pekan Baharu. Pada umumnya keadaan alam dan mukabumi  Bandar Pekan dan sekitarnya adalah tanah-tanah dataran yang terbentang rata di sepanjang Sungai Pahang. Kebanyakkan tanah di Pekan adalah dari jenis gambut.

Tarikh Kemaskini: 03/11/2017 04:36:04

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 3457 kali.


Kembali ke Atas