Berita

'Sayonara' Tuan Haji Md Yusli

Ahmad Ridzwan

PEKAN, 16 November 2018 - Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi bagi meraikan perpindahan Pegawai Daerah Pekan iaitu Tuan Haji Md Yusli bin Ibrahim Mohd Yunus yang akan berpindah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Majlis yang diadakan di Dewan Banquet Majlis Daerah Pekan itu dimulakan dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW oleh semua hadirin bagi mengiring masuk yang dirai. Walaupun tempoh khidmat yang singkat iaitu 8 bulan sebagai pegawai daerah, impak yang ditinggalkan adalah sangat besar. Segala jasa dan khidmat beliau amatlah dikenang. Semoga maju jaya di tempat baru.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 106 kali.


Kembali ke Atas