Berita
Program Plogging Daerah Pekan
PEKAN, 22 April 2019 - Program Plogging Daerah Pekan Tahun 2019 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran lebih 300 peserta yang terdiri daripada pelajar kolej, ahli Pandu Puteri, Puspanita, penjawat awam, pekerja swasta dan orang-orang kampung sekitar Bandar Pekan.
Program ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang. Sepanjang program ini, peserta-peserta telah mengutip sampah sepanjang empat kilometer di tepian Sungai Pahang di Bandar Pekan.
Semoga inisiatif ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat Daerah Pekan khususnya generasi muda betapa pentingnya kita mengurangkan penghasilan sampah dalam kehidupan seharian.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 109 kali.
Kembali ke Atas