Berita
Kolokium Diraja “DAULAT TUANKU”
PEKAN, 20 April 2019 - Kolokium Diraja "Daulat Tuanku" yang telah berlangsung ini dianjurkan oleh Muzium Negeri Pahang. Bersesuaian dengan tajuknya, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah perkenan bercemar duli, berangkat ke Majlis Perasmian. Kolokium Diraja pada kali ini tampil membincangkan topik-topik berkaitan Institusi Beraja yang menjadi tonggak utama dalam sistem pemerintahan di Alam Melayu.
Dapatan dari kolokium ini adalah memberi kesedaran kepada generasi baru tentang kepentingan mempertahankan institusi beraja dalam berhadapan dengan situasi dunia global yang semakin mencabar pada hari ini dalam kerangka membina jati diri, bangsa dan negara.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 102 kali.
Kembali ke Atas