Berita

KEMUNCAK KARNIVAL SUKAN KESPADA

Ahmad Ridzwan

PEKAN, 1 Oktober 2022 - Bertempat di Pantai Lagenda, acara kemuncak atau penutup Karnival Sukan Kespada 2022 diadakan. Mengumpul lebih kurang 130 orang kakitangan dan pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Pekan (PDT Pekan) ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Pekan. Pelbagai acara diadakan antaranya bola sepak, bola tampar, bola jaring, tarik tali, congkak dan batu seremban. Karnival ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ukhwah diantara kakitangan dan pegawai disamping menggalakkan gaya hidup sihat dikalangan warga PDT Pekan.

  

  


Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 29 kali.


Kembali ke Atas