Berita
Encik Amir Syaffiq dan Majlis Daerah Lipis
PEKAN, 11 Januari 2019 - Bertempat di Ancasa Royale Hotel, satu majlis telah diadakan oleh Bahagian Pengurusan Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Pekan bagi meraikan perpindahan Penolong Pegawai Daerah, Encik Amir Syaffiq bin Hamzah ke Majlis Daerah Lipis. memulakan kariernya disini lebih empat tahun lepas dan kini memegang jawatan Setiausaha Majlis Daerah Lipis. Ia juga diadakan serentak dengan perpindahan Encik Mohd Shahrul Azram yang berpindah ke bahagian Pembangunan Daerah di jabatan yang sama. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah dan Penolong-Penolong Pegawai Daerah serta kehadiran semua kakitangan Bahagian Pengurusan Daerah. Semoga maju jaya di tempat baharu.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 196 kali.
Kembali ke Atas