Berita
Ceramah Israk Mikraj
PEKAN, 05 April 2019 - Bersempena sambutan peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab 1440H (3 April 2019) Biro Agama dan Pendidikan KESPADA Pejabat Daerah dan Tanah Pekan telah menganjurkan satu ceramah Israk Mikraj yang telah disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Nik Ibrahim bin Nik Abdullah.
Ceramah beliau menceritakan peristiwa Israk Mikraj yang dilalui oleh baginda Rasulullah S.A.W yang memperlihatkan pelbagai kejadian yang penuh pengajaran dan seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 107 kali.
Kembali ke Atas