Arkib Berita

Merdeka ke-61

Merdeka ke-61

PEKAN, 31 Ogos 2018 - Sambutan Hari Merdeka Ke-61 disambut dengan meriah. Pelbagai agensi Kerajaan, Bukan Kerajaan, Kelab-Kelab dan pelbagai lagi bergabung tenaga menjayakan hari ulangtahun hari yang bertuah ini. Upacara ini dirasmikan oleh Pegawai Daerah Pekan, Haji Yusli bin Ibrahim Mohd Yunus.
Majlis MB di PDT Pekan

Majlis MB di PDT Pekan

PEKAN, 15 Ogos 2018 - 'Tok Wan' di Pejabat Daerah dan Tanah Pekan. Sempena lawatan ke Kompleks Kerajaan Daerah Pekan dan Mesyuarat Majlis Kerajaan Pahang di sini dalam siri jelajah Daerah Pekan. Turut beramah mesra dengan kakitangan awam di kompleks ini dengan bersama bersarapan di Kantin KESPADA. Dihadiri oleh lebih kurang 500 orang kakitangan awam bersama meraikan kehadiran Menteri Besar Pahang itu.
Majlis Perasmian Padang KESPADA

Majlis Perasmian Padang KESPADA

Pekan. 8 Ogos 2018, Rabu - Bersebelahan Balai Bomba Peramu, Piala Pusingan Pegawai Daerah telah diadakan bagi merasmikan padang baru KESPADA PDT Pekan. Perebutan Piala ini diantara Pejabat Daerah menentang Pejabat Tanah. Bola sepak dan Bola jaring kedua-duanya dimenangi oleh Pejabat Tanah. Acara ini dirasmikan oleh Pegawai Daerah sendiri.
Majlis Kesyukuran & Perpisahan

Majlis Kesyukuran & Perpisahan

Pekan. 8 Ogos 2018, Rabu - Bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan, KESPADA telah menganjurkan Majlis Kesyukuran dan Perpisahan sempena pertukaran pegawai ke jabatab lain serta kesyukuran salah seorang dari pegawai PDT Pekan akan berangkat ke Mekah menunaikan Ibadah Haji. Dihadiri oleh semua kakitangan PDT Pekan.
Majlis APC 2017, Jasamu Dikenang & Jalinan Aidilfitri 2018

Majlis APC 2017, Jasamu Dikenang & Jalinan Aidilfitri 2018

Pekan. 5 Julai 2018, Khamis - Seramai 13 penerima telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi 2017 diikuti dengan 20 orang penerima sijil penghargaan Sempena Majlis APC, Jasamu Dikenang & Jalinan Aidillfitri 2018 Pejabat Daerah dan Tanah Pekan.
Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Serta Pengurniaan Sumbangan Disempurnakan Oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang

Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Serta Pengurniaan Sumbangan Disempurnakan Oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang

PEKAN. 1 Jun 2018, Jumaat - Bertempat di Masjid Jamek Kota Perdana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah mencemar duli berbuka puasa bersama rakyat dan menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Turut mengiringi, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 935 kali.


Kembali ke Atas