Arkib Berita

OPERASI PEMANTAUAN PEMATUHAN PKPP
13 Oct 2020
Pekan, 12 Oktober 2020 - Pegawai Daerah Pekan mengetuai operasi pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sekitar Bandar Pekan. Pasukan pemantau ini terdiri daripada IPD Pekan, Pejabat Kesihatan Daerah Pekan dan Majlis Daerah Pekan.
SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2020 PERINGKAT PAHANG
22 Sep 2020
PEKAN, 16 SEPTEMBER 2020, Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail merasmikan Majlis Sambutan Hari Malaysia 2020 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) disini hari ini.
BANTUAN SEGERA DARI KERAJAAN NEGERI KEPADA MANGSA RUMAH YANG DIHEMPAP POKOK DI KAMPUNG PADANG RUMBIA
22 Sep 2020
PEKAN. 17 September 2020, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Bebar telah turun padang menziarahi serta menyampaikan bantuan segera dari Kerajaan Negeri Pahang kepada En. Mohamed Anuar A. Aziz bersama keluarga yang ditimpa musibah rumahnya dihempap dua batang pokok besar di Kampung Padang Rumbia, Pekan baru-baru ini.
PENDUDUK GEMBIRA, YAB MENTERI BESAR PAHANG LULUS CEPAT PERUNTUKKAN MENGECAT MASJID KAMPUNG ACHEH
22 Sep 2020
PENDUDUK GEMBIRA, YAB MENTERI BESAR PAHANG LULUS CEPAT PERUNTUKKAN MENGECAT MASJID KAMPUNG ACHEH
Oleh : Mahathir Ali
PEKAN, 21 SEPTEMBER 2020: Penduduk di Kampung Acheh di sini menerima berita gembira apabila permohonan mereka untuk mengecat semula keseluruhan Masjid Kampung Acheh telah diluluskan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail baru-baru ini.

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-63
01 Sep 2020
PEKAN, 31 Ogos 2020 (Isnin) - Telah berlangsung majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2020 Peringkat Daerah Pekan yg. dihadiri oleh Pegawai Daerah Pekan, YB ADUN Pulau Manis dan ketua-ketua jabatan daerah Pekan yg. bertempat di Dewan Komuniti Majlis Daerah Pekan.
PRK Dun Chini
09 Jul 2020
PEKAN, 4 Julai 2020 - 74 peratus daripada 20,816 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab di 13 pusat mengundi semasa berlangsungnya PRK N.23 Chini. PRK DUN Chini turut mencatat sejarah sebagai pilihan raya berlangsung dalam kebiasaan baharu yang membabitkan pelbagai perubahan dibuat susulan pandemik Covid-19.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 935 kali.
Kembali ke Atas