Arkib Berita
Bengkel STK & LNPT 2020
18 Nov 2020
PEKAN, 18 November 2020 - Bengkel Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi Pejabat Daerah dan Tanah Pekan telah berlangsung bermula hari ini sehingga 19 November 2020.

PERLAKSANAAN SANITASI OLEH BOMBA
13 Oct 2020
PEKAN, 12 Oktober 2020 - Bagi memastikan persekitaran kita bersih dan selamat, BOMBA telah melaksanakan kerja-kerja sanitasi di kawasan-kawasan yang disyaki boleh menyebabkan berlakunya jangkitan Covid-19. Kawasan-kawasan ini telah disanitasi sepenuhnya dan boleh dikunjungi dengan selamat.

OPERASI PEMANTAUAN PEMATUHAN PKPP
13 Oct 2020
Pekan, 12 Oktober 2020 - Pegawai Daerah Pekan mengetuai operasi pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sekitar Bandar Pekan. Pasukan pemantau ini terdiri daripada IPD Pekan, Pejabat Kesihatan Daerah Pekan dan Majlis Daerah Pekan.
SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2020 PERINGKAT PAHANG
22 Sep 2020
PEKAN, 16 SEPTEMBER 2020, Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail merasmikan Majlis Sambutan Hari Malaysia 2020 Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) disini hari ini.
BANTUAN SEGERA DARI KERAJAAN NEGERI KEPADA MANGSA RUMAH YANG DIHEMPAP POKOK DI KAMPUNG PADANG RUMBIA
22 Sep 2020
PEKAN. 17 September 2020, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga merupakan Ahli Dewan Negeri Bebar telah turun padang menziarahi serta menyampaikan bantuan segera dari Kerajaan Negeri Pahang kepada En. Mohamed Anuar A. Aziz bersama keluarga yang ditimpa musibah rumahnya dihempap dua batang pokok besar di Kampung Padang Rumbia, Pekan baru-baru ini.
PENDUDUK GEMBIRA, YAB MENTERI BESAR PAHANG LULUS CEPAT PERUNTUKKAN MENGECAT MASJID KAMPUNG ACHEH
22 Sep 2020
PENDUDUK GEMBIRA, YAB MENTERI BESAR PAHANG LULUS CEPAT PERUNTUKKAN MENGECAT MASJID KAMPUNG ACHEH
Oleh : Mahathir Ali
PEKAN, 21 SEPTEMBER 2020: Penduduk di Kampung Acheh di sini menerima berita gembira apabila permohonan mereka untuk mengecat semula keseluruhan Masjid Kampung Acheh telah diluluskan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail baru-baru ini.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 866 kali.
Kembali ke Atas