Arkib Berita
MAJLIS PERJUMPAAN YB SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG
11 Nov 2022
PEKAN, 10 November 2022 - Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang telah mengadakan pertemuan bersama Penjawat Awam di bawah Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Majlis tersebut berlangsung selama 2 jam, di Dewan DRB Hicom Universiti, Pekan.

KEMUNCAK KARNIVAL SUKAN KESPADA
06 Oct 2022
PEKAN, 1 Oktober 2022 - Bertempat di Pantai Lagenda, acara kemuncak atau penutup Karnival Sukan Kespada 2022 diadakan. Mengumpul lebih kurang 130 orang kakitangan dan pegawai dari Pejabat Daerah dan Tanah Pekan (PDT Pekan) ini telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Pekan.
SESI AUDIT "AIGA"
12 Sep 2022
PEKAN, 12 September 2022 - Pejabat Daerah dan Tanah Pekan (PDT Pekan) telah di audit oleh panel Anugerah Integriti Governans dan Anti Rasuah (AIGA). Sebelum ini, PDT Pekan telah memenangi Anugerah Perak.

KARNIVAL SUKAN KESPADA
12 Sep 2022
PEKAN, 12 September 2022, - Bermula hari ini, Pejabat Daerah dan Tanah Pekan menganjurkan Karnival Sukan KESPADA. Acara yang julung kali diadakan ini bermotif memupuk semangat kesukanan dan ukhwah diantara kakitangan.

Majlis Penyerahan Hak Milik Rumah PAP
20 Dec 2021
PEKAN, 13 Disember 2021 - Majlis Penyerahan Hak Milik Rumah Kepada Peserta Projek Agropolitan Pekan (PAP). Penyerahan dilakukan Oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang. Turut Mengiringi ialah Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Ahli Dewan Negeri Parlimen Pekan dan Pegawai Daerah.

majlis jasamu dikenang 2021 dan apc 2020
20 Dec 2021
PEKAN, 16 Disember 2021 - Majlis Jasamu Dikenang 2021 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 telah diadakan. bertempat di Dewan Masjid At- Takwa, Perumahan Dato' Shahbandar. Enam orang pesara manakala 13 orang lagi penerima (APC). Ianya disampaikan oleh Pegawai Daerah Pekan.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1121 kali.
Kembali ke Atas