Polisi integriti dan Anti Rasuah

POLISI INTEGRITI DAN ANTI RASUAH PEJABAT DAERAH DAN TANAH PEKAN

 

1. PENGENALAN 

  • Polisi Integriti dan Anti Rasuah ini di sediakan untuk kegunaan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan (PDT Pekan) sebagai panduan untuk mengendali, melaksana dan mentadbir urus perkara berkaitan integriti dan anti-rasuah.
  • Polisi ini menyediakan prinsip, garispan duan dan keperluan bagaimana untuk menangani amalan rasuah serta salah gunakuasa dalam pejabat ini yang akan dikawalselia oleh Pegawai Daerah.
  • Polisi ini boleh meningkatkan kesedaran kepada semua warga PDT Pekan berkenaan kepentingan integriti. Selain itu, ianya juga akan memberikan mesej kepada jabatan lain dan orang awam bahawa PDT Pekan komited untuk melaksanakan agenda Integriti dan anti rasuah dalam mengurus tadbir pembangunan daerah dan pentadbiran tanah dengan adil, berkesan dan telus.
  • Polisi ini boleh dikemaskini sekiranya terdapat perubahan atau keperluan dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan atau pindaan terhadap polisi dan prosedur ini hendaklah diluluskan oleh Pegawai Daerah.

  

      2. POLISI INTEGRITI DAN ANTIRASUAH PDT PEKAN

 PDT Pekan telah mewujudkan Polisi Integriti dan Anti Rasuah pada 28Januari2020dalam menyahut aspirasi nasional iaitu menjadikan “Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah”.

 Sehubungan dengan itu,

  • PDT Pekan tidak akan bertoleransi terhadap apa-apa bentuk rasuah sama ada memberi atau menerima oleh atau daripada kakitangan jabatan atau mana-mana orang atau syarikat yang berurusan untuk PDT Pekan;
  • Pelaksanaan Kod Etika Tatakelakuan mencerminkan komitmen PDT Pekan untuk memerangi mana-mana amalan rasuah dan kelakuan tidak beretika dalam menjalankan aktiviti dan operasi jabatan;
  • Kakitangan PDT Pekan wajib mematuhi Kod Etika Tatakelakuan PDT Pekan dan polisi berkaitan antirasuah yang telah ditetapkan dalam segala perkhidmatan dan urusan yang melibatkan PDT Pekan;
  • PDT Pekan melalui jawatankuasaIntegriti jabatan komited untuk memastikan penerapan standard etika, integriti dan akauntabiliti pada tahap tertinggi dalam semua aktiviti dan operasi dalam jabatan; dan
  • Semua kakitangan termasuk pihak berkepentingan dalam PDT Pekan dan pihak ketiga perlu memahami dan mematuhi polisi ini dan adalah dilarang secara langsung atau tidak langsung meminta, menerima atau menawarkan rasuah berkaitan dengan perkhidmatan dan operasi PDT Pekan. Sistem e-aduan telah disediakan sebagai saluran kepada semua kakitangan dan orang awam untuk melapor dan mendedahkan apa-apa kelakuan tidak wajar dalam PDT Pekan.

 

 3.PERNYATAAN POLISI INTEGRITI DAN ANTI RASUAH PDT PEKAN 

  • PDT Pekan sebagai jabatan yang mentadbir urus pembangunan daerah dan pentadbiran tanah menolak sepenuhnya amalan rasuah atau segala aktiviti berunsurkan rasuah dan salah guna kuasa dalam melaksanakan tadbir urus di peringkat daerah.
  • PDT Pekan tidak akan bertolak ansur dan akan bertindak tegas bagi membanteras rasuah atau aktiviti berunsurkan rasuah serta salah guna kuasa bagi memastikan tadbir urus yang adil, berkesan dan telus.

PDT Pekan komited untuk :-

  • Mewujudkan budaya berintegriti dan ketelusan ditempat kerja serta mengadakan dan menambah baik program           integriti dan anti-rasuah secara berterusan;
  • Memastikan semua warga PDT Pekan, Kontraktor dan pembekal adalah bertanggungjawab dalam mematuhi undang-undang anti-rasuah serta peraturan sedia ada;
  • Menyediakan saluran dan menggalakkan pelaporan mengenai aktiviti rasuah serta salah guna kuasa menerusi Polisi Pemberi Maklumat (Whistleblowing Policy);
  • Memberi kerjasama penuh kepada agensi seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dalam membendung amalan rasuah di dalam organisasi SPAN, ejen yang dilantik, pihak yang dikawal selia, pembekal dan mana-mana pihak yang berurusan dengan PDT Pekan;dan
  • Mengambil tindakan selaras dengan undang-undang keatas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang anti-rasuah atau tidak mematuhi polisi

 

4.USAHA WAJAR (DUE DILIGENCE) 

  • Usaha wajar perlu dilaksanakan sebelum PDT Pekan terlibat dengan apa-apa    ikatan rasmi dengan pihak berkaitan termasuk bagi perlantikan warga PDT   Pekan, ejen, kontraktor, pembekal atau dalam apa-apa urusan pembayaran.
  • Usaha wajar bertujuan memastikan pihak yang berpotensi di atas adalah bebas daripada unsur rasuah atau konflik kepentingan sebelum perlantikan atau suatu ikatan rasmi dimeterai. Usaha wajar termasuklah semakan latarbelakang, pengesahansijil/dokumen, pengesahan dari pihak ketiga dan sebagainya.
  • Tindakan susulan perlu diambil sekiranya usaha wajar menunjukkan perkara yang meragukan sebelum sesuatu ikatan rasmi dimeterai.
  • Usaha wajar hendaklah dinyatakan dalam tatacara, manual prosedur kerja atau garis panduan yang berkaitan seperti perolehan, perlantikan ejen, pengambilan warga PDT Pekan dan sebagainya.

 

 5. KONFLIK KEPENTINGAN 

  • Semua PDT Pekan hendaklah menzahirkan sebarang konflik kepentingan yang wujud dengan pihak yang dikawal selia oleh PDT Pekan.  Ini termasuklah pemilikan kepentingan dalam mana-mana organisasi dibawah kawal selia PDT Pekan, ejen dilantik, vendor/pembekal kepada PDT Pekan serta yang dimiliki oleh anggota keluarganya atau merupakan majikan kepada anggota keluarganya.
  • Penzahiran(jikaada)hendaklahdibuatkepadaPegawai Pengawal melalui Ketua Jabatan/ Bahagian/ Unit dengan menyatakan bentuk hubungan yang menyebabkan (natureof) konflik tersebut untuk direkodkan dalam rekod warga PDT Pekan oleh Unit Pengurusan Sumber Manusia.

  • Pegawai yang mempunyai kepentingan dengan pihak dikawalselia adalah tidak dibenarkan untuk mengendalikan urusan berkaitan organisasi yang dikawalselia tersebut. Ini termasuklah urusan permohonan lesen, penguatkuasaan, permohonan pendaftaran, rayuan, pengauditan, sumbangan dan sebagainya.

6. IKRAR INTEGRITI 

  • Semua warga PDT Pekan diwajibkan membuat Ikrar Integriti. Ikrar Integriti merupakan satu aku janji bahawa seseorang akan mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dan tidak akan terlibat dengan jenayah rasuah atau salah guna kuasa.
  • Selain itu, ianya juga menyatakan akujanji bahawa sebarang salah laku rasuah atau penyelewengan akan dilaporkan kepada pihak berkuasa. 

 

  • Ikrar Integriti juga menyatakan bahawa warga PDT Pekan mengesahkan tidak terlibat dengan pihak yang dikawal selia serta akan menzahirkan konflik kepentingan sekiranya ianya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 wujud.

 

7. PERISYTIHARAN HARTA 

  • Semua warga PDT Pekan diwajibkan membuat perisyitiharan harta melaui portal HRMIS yang dibangunkan. Perisytiharan harta bagi Pegawai Awam berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002.
  • Pegawai dan kakitangan PDT Pekan yang memiliki harta melebihi emolumen yang diterima akan diminta untuk menjelaskan berkenaan sumber harta diperolehi.  Prosedur perisytiharan harta hendaklah disediakan dan dilulus kan oleh Ketua Jabatan/ Bahagian berkaitan perjawatan.

 

8.SISTEM PEMBERI MAKLUMAT 

Sistem Pemberi Maklumat merupakan saluran pelaporan salahlaku warga   PDT Pekan berhubung amalan rasuah atau salah guna kuasa. Pengurusan perlu memastikan Sistem Pemberi Maklumat:- 

  • Mudah di akses dan dipercayai kerahsiaannya terjamin (saluran pemberi maklumat), yang boleh digunakan tanpa perlu mendedahkan identiti pelapor, bagi kegunaan pihak dalaman dan luaran untuk melaporkan isu-isu seperti insiden rasuah sebenar atau disyaki atau berkaitan ketidakcukupan program anti-rasuah;
  • Menggalakkan individu untuk melapor dengan sucihati, sebarang insiden rasuah yang disyaki, cubaan atau insiden rasuah sebenar;
  • Mempunyai ciri sistem pengurusan maklumat yang selamat bagi memastikan kerahsiaan identiti pemberi maklumat dan maklumat aduan;dan
  • Melarang sebarang tindakan diambil terhadap pihak yang melaporkan aduan dengan suci hati.
  • Sebarang salah laku, amalan rasuah yang diketahui atau disyaki telah berlaku hendaklah dilaporkan menerusi Sistem Pemberi Maklumat atau kepada pihak berkuasa.

  9.DASAR TERHADAP TERIMAAN HADIAH DAN KERAIAN 

  • Semua warga PDT Pekan adalah dilarang menerima atau memberi hadiah yang berkaitan dengan tugas rasmi selaras dengan keperluan dibawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 (Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah di dalam Perkhidmatan Awam).

 10. SUMBANGAN KEBAJIKAN 

   PDT Pekan sentiasa prihatin keatas kebajikan dan kesejahteraan masyarakat        terutamanya mereka yang ditimpa musibah. Sumbangan serta bantuan kepada        masyarakat atau badan kebajikan amat digalakkan.

    Namun, sumbangan yang diberikan perlu mematuhi prinsip seperti     berikut:- 

  • Sumbangan adalah tiada kaitan dengan keputusan atau urusan kawal selia keatas pihak berkenaan;
  • Sumbangan tidak boleh diberikan secara terus kepada individu sebaliknya hendaklah melalui pertubuhan, tabung kebajikan dan sebagainya;
  • Sumbangan tidak melibatkan sebarang konflik kepentingan. Sekiranyawujud   konflik kepentingan, pegawai yang mengendalikan sumbanganhendaklah         menzahirkankonfliktersebutdantidakbolehterlibatdalamurusankelulusan         sumbanganberkenaan;dan
  • Semakan latar belakang bagi mengesahkan kesahihan organisasi hendaklah      dilakukan sebelum pemberian/bayaran sumbangan dibuat.

 

11. PENGASINGAN TUGAS 

  • Pengasingan tugas hendaklah dilaksanakan bagi meningkatkan tahap integriti dan ketelusan. Pengasingan tugas melibatkan tugas berkaitan menyemak, memperaku dan meluluskan hendaklah terdiri daripada pegawai yang berlainan.
  • Prinsip pengasingan tugas ini hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam semua tatacara atau prosedur berkaitan.

 

12. PUSINGAN KERJA 

  • Pusingan kerja perlu dilaksanakan terutamanya bagi jawatan berisiko tinggi. Penentuan risiko sesuatu jawatan adalah berdasarkan had kuasa, fungsi yang melibatkan kuasa meluluskan permohonan, menerima atau membuat bayaran serta berdasarkan lokasi sesuatu jawatan.
  • Prosedur pusingan kerja perlu dipatuhi dan disesuaikan dengan mengambilkira pekeliling kerajaan yang berkaitan serta hendaklah diluluskan oleh Jawatankuasa yang berkenaan.

 

13. PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 

  • Bahagian Pengurusan Daerah akan membuat pemantauan keatas pematuhan polisi ini secara berterusan. Ini bagi memastikan semua pihak mematuhi polisi ini dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
  • Tindakan disiplin boleh diambil ke atas warga PDT Pekan yang didapati gagal mematuhi polisi ini.
  • Penilaian secara tahunan akan dilaksanakan bagi menilai prestasi, kecekapan dan keberkesanan dalam perlaksanaan polisi ini dan memastikan ianya dikuatkuasakan. Penilaian tersebut dilaksanakan melalui audit dalaman atau audit yang dilaksanakan oleh pihak luar.
  • Hasil penilaian perlu dilaporkan kepada Jawatankuasa Audit dan boleh dijadikan asas untuk memantapkan usaha-usaha kawalan antirasuah sedia ada diPDT Pekan.

 

 14. KESIMPULAN 

  • Polisi Integriti ini merupakan salah satu usaha berterusan PDT Pekan dalam meningkatkan integriti serta mencegah amalan rasuah dalam urus tadbir jabatan.
  • Dengan adanya Polisii ni, adalah diharapkan ianya dapat menjadi panduan kepada semua warga kerja PDT Pekan dalam melaksanakan tugas serta dapat meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan integriti.

 

PDF Link

Tarikh Kemaskini: 22/03/2023 14:49:38

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 353 kali.


Kembali ke Atas