Air Terjun Lata Mentagan

Lata Mentagan di Kampung Belimbing, Mukim Penyor. 

Bukan sekadar keindahan alam semula jadinya yang masih kekal sebagai hutan dara kerana belum ada penerokaan hutan, pengunjung juga boleh melangkah menelusuri tepian anak sungai hingga tanpa disedari bersua air terjun di tingkat ketujuh! Itupun selepas beberapa jam melangkah dan berhenti menghilangkan penat di enam kolam sebelumnya.

Untuk meneroka keseluruhan Lata Mentagan, di peringkat awal pengunjung perlu melalui jalan berbatu kecil untuk sampai ke tapak permulaan yang mengambil masa 20 minit dari jalan utamanya, Jalan Belimbing mengunakan kenderaan.

Tarikh Kemaskini: 23/10/2020 15:06:39

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 73 kali.


Kembali ke Atas