Berita

watikah JKKK

Ahmad Ridzwan

PEKAN, 31 JANUARI 2020 - Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Daerah Pekan Dan Geran Sumbangan Kerajaan Negeri berserta taklimat pindaan cukai 2020 dan PahangGo. Seramai 69 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dalam Daerah Pekan menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi JKKK.

Pelantikan ini adalah selari dengan usaha Kerajaan Negeri memberi nafas baru kepada jentera pentadbiran Negeri di peringkat akar umbi. Watikah disampaikan oleh YB Dato' Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi & Multimedia Negeri Pahang merangkap ADUN Kawasan Bebar.

Pegawai Daerah dalam ucapan alu-aluannya berharap semua Pengerusi JKKK sentiasa berkerja bersama-sama pegawai-pegawai kerajaan agar program pembangunan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat tidak terjejas.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 36 kali.


Kembali ke Atas