Berita

PENDUDUK GEMBIRA, YAB MENTERI BESAR PAHANG LULUS CEPAT PERUNTUKKAN MENGECAT MASJID KAMPUNG ACHEH

Ahmad Ridzwan

PENDUDUK GEMBIRA, YAB MENTERI BESAR PAHANG LULUS CEPAT PERUNTUKKAN MENGECAT MASJID KAMPUNG ACHEH

Oleh : Mahathir Ali

PEKAN, 21 SEPTEMBER 2020: Penduduk di Kampung Acheh di sini menerima berita gembira apabila permohonan mereka untuk mengecat semula keseluruhan Masjid Kampung Acheh telah diluluskan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail baru-baru ini.

Peruntukkan berkenaan adalah hasil lawatan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Bebar ke kampung itu dan menunaikan Solat Jumaat di masjid tersebut pada 17 Julai lalu.

Selepas menunaikan solat Jumaat, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika itu telah meninjau sekitar masjid bagi melihat sendiri beberapa kerosakan dan keadaan cat yang telah luntur pada bangunan masjid.

Beliau berjanji akan mengatasi perkara itu dan memohon peruntukkan dari Kerajaan Negeri Pahang melalui YAB Menteri Besar dengan segera bagi memastikan Masjid Kampung Acheh dapat dibaiki dan diperindahkan semula dengan cat yang baharu.

Selepas dua bulan, permohonan berkenaan telah diluluskan YAB Menteri Besar Pahang dan beliau selaku Ahli Dewan Negeri Bebar sendiri telah menyampaikan peruntukkan berjumlah RM20,000 kepada Ketua Kampung Acheh, Mohamad Rahi Yunus pada 17 September baru ini.

Dalam pada itu, beliau berharap peruntukkan itu dapat digunakan sebaik mungkin untuk membaiki dan mengindahkan Masjid Kampung Acheh.

Penduduk juga disaran mengecat masjid berkenaan secara bergotong-royong bersama pihak kontraktor yang akan dilantik agar dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka disamping dapat mengejar pahala bersama-sama apabila membersihkan rumah Allah SWT itu.

Beliau juga berharap agar semua ketua kampung dalam Dewan Negeri Bebar dapat membuat permohonan segera dan melaporkan kepadanya sekiranya ada kerosakkan atau keadaan cat yang telah luntur pada dinding masjid di kawasan masing-masing agar tindakan segera dapat diambil.

Sementara itu, Ketua Kampung Acheh berkata, peruntukkan ini membawa berita gembira kepada semua penduduk di kampungnya dan sudah tentu keindahan masjid itu nanti akan menjadi daya tarikan baru di kampung mereka.
Beliau mewakili penduduk mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang diatas kelulusan peruntukkan yang cepat.
Beliau juga bersyukur dengan tindakan segera yang diambil oleh YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff bagi menyelesaikan masalah kerosakan dan cat luntur di Masjid Kampung Acheh.

Disediakan oleh
Unit Komunikasi Dan Media Pahang (UKOMP)

#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PahangGo

Pahang Media

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 8 kali.


Kembali ke Atas