Berita

Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Serta Pengurniaan Sumbangan Disempurnakan Oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang

Ahmad Ridzwan

1 Jun 2018, Jumaat. Pekan - Bertempat di Masjid Jamek Kota Perdana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah mencemar duli berbuka puasa bersama rakyat dan menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Turut mengiringi, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan ADUN Bebar, Dato' Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff. Majlis yang bermula lima petang ini disudahi dengan moreh selepas solat tarawih bersama rakyat. Ianya diserikan lagi dengan tetamu yang hadir lebih kurang 500 orang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 37 kali.


Kembali ke Atas