Arkib Berita

Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Serta Pengurniaan Sumbangan Disempurnakan Oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang

Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Serta Pengurniaan Sumbangan Disempurnakan Oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang

PEKAN. 1 Jun 2018, Jumaat - Bertempat di Masjid Jamek Kota Perdana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah mencemar duli berbuka puasa bersama rakyat dan menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Turut mengiringi, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Gotong-royong Memasak Bubur Lambuk KESPADA PDT Pekan

Gotong-royong Memasak Bubur Lambuk KESPADA PDT Pekan

PEKAN. 31 Mei 2018, Khamis - Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini, gotong-royong memasak bubur lambuk oleh KESPADA Pejabat Daerah dan Tanah Pekan telah diadakan. Dua periuk bubur lambuk ini diagihkan kepada semua ahli kelab dan juga kepada semua jabatan di Kompleks Pentadbiran Daerah disini.
Majlis Tadarus Al-Quran

Majlis Tadarus Al-Quran

Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini, Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan mengambil kesempatan mengadakan tadarus Al-Quran. Diadakan pada sebelah pagi bermula dengan Slot Tafsir Quran oleh ustaz jemputan dan disusuli dengan tadarus.
Penamaan Calon PRU 14 N.085 Parlimen Pekan

Penamaan Calon PRU 14 N.085 Parlimen Pekan

28 April 2018, Sabtu. Penamaan Calon Pilihanraya ke 14 telah diadakan di Dewan Konvesyen Sultan Ahmad Shah, Pekan
Majlis Perasmian Kempen Solat Subuh Berjemaah & Program Jelajah Masjid Berbasikal Peringkat Negeri Pahang

Majlis Perasmian Kempen Solat Subuh Berjemaah & Program Jelajah Masjid Berbasikal Peringkat Negeri Pahang

19 Mac 2018, Isnin. Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah berkenan mencemar duli merasmikan masjlis yang diadakan di Perkarangan Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan. Majlis juga diserikan dengan ceramah agama. Turut serta dihadiri oleh kakitangan pejabat awam di daerah pekan.
Majlis Perpisahan Pegawai Daerah Dato' Ali Syahbana Sabaruddin.

Majlis Perpisahan Pegawai Daerah Dato' Ali Syahbana Sabaruddin.

9 Mac 2018, Jumaat. Telah diadakan majlis perpisahan untuk Pegawai Daerah Dato Ali Syahbana Sabaruddin ke Pejabat Kewangan Negeri. Majlis yang diberi nama Majlis Lambaian Kasih, Sanjungan Budi...
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 165 kali.


Kembali ke Atas