Arkib Berita

Pahang 360 200

PENUTUPAN KAUNTER

Untuk Makluman Semua Pelanggan, pada 31 januari 2019 (selasa) semua kaunter Pejabat Daerah dan Tanah Pekan "AKAN DITUTUP PADA JAM 10:00 PAGI" kerana urusan penutupan akaun kewangan 2019
emas golf SUKTAP 2019

emas golf SUKTAP 2019

PEKAN, 27 Julai 2019 - Pingat Emas pertama buat Pejabat Daerah dan Tanah Pekan di acara pembukaan SUKTAP (Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang) kali ke-5 tahun 2019. Tahniah buat pasukan Golf KESPADA yang berjaya mengalahkan 11 pasukan lain. Acara ini diadakan di Kelab Golf DiRaja Pekan, Pahang.
mahabbah ramadhan 2019

mahabbah ramadhan 2019

PEKAN, 17 Mei 2019 - Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, "Program Mahabbah Ramadhan 2019" telah dianjurkan oleh KESPADA Pejabat Daerah & Tanah Pekan. Untuk program kali ini, telah berkesempatan mengadakan kunjungan mesra ke 6 rumah kakitangan PDT Pekan yang telah bersara dan seorang bekas kakitangan yang meninggal dunia. Kunjungan ini di ketuai oleh Pegawai Daerah. Turut serta penolong pegawai daerah dan jawatankuasa KESPADA.
Majlis Tahlih dan Ziarah Makam Diraja bersempena Hari Hol Pahang Ke-45

Majlis Tahlih dan Ziarah Makam Diraja bersempena Hari Hol Pahang Ke-45

PEKAN, 7 Mei 2019 - Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ke Majlis Tahlih dan Ziarah Makam Diraja bersempena Hari Hol Pahang Ke-45. Hari Hol disambut pada tanggal 7 Mei setiap tahun bagi memperingati kemangkatan Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah.
Program "Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit"

Program "Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit"

PEKAN, 23 April 2019 - Bersempena Program "Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit" anjuran Perpustakaan Negeri Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Pekan mengadakan slot Perkongsian Ilmu yang disampaikan oleh Pn. Nursafariza binti Ihsan, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan)...
Program Plogging Daerah Pekan

Program Plogging Daerah Pekan

PEKAN, 22 April 2019 - Program Plogging Daerah Pekan Tahun 2019 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran lebih 300 peserta yang terdiri daripada pelajar kolej, ahli Pandu Puteri, Puspanita, penjawat awam, pekerja swasta dan orang-orang kampung sekitar Bandar Pekan. Program ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 165 kali.


Kembali ke Atas