Arkib Berita

PRK Dun Chini

PRK Dun Chini

PEKAN, 4 Julai 2020 - 74 peratus daripada 20,816 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab di 13 pusat mengundi semasa berlangsungnya PRK N.23 Chini. PRK DUN Chini turut mencatat sejarah sebagai pilihan raya berlangsung dalam kebiasaan baharu yang membabitkan pelbagai perubahan dibuat susulan pandemik Covid-19.
Bengkel MS ISO 9001:2015 & ISO 37001:2016

Bengkel MS ISO 9001:2015 & ISO 37001:2016

PEKAN, 5 Februari 2020 - Bengkel Pemahaman dan Pelaksanaan MS ISO 9001: 2015 (Sistem Pengurusan Kualiti) dan ISO 37001: 2016 (Sistem Pengurusan Anti Rasuah) merupakan langkah awal kepada pelaksanaan kedua-dua sistem berkenaan di Pejabat Daerah & Tanah Pekan. Kedua-dua sistem ini akan dilaksanakan secara bersepadu bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
Majlis Perasmian Kejohanan Futsal, Bola Jaring & Pertandingan Karaoke Kampung Bangkong

Majlis Perasmian Kejohanan Futsal, Bola Jaring & Pertandingan Karaoke Kampung Bangkong

PEKAN, 8 Februari 2020 - Yang Berhormat Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff dan YH Dato' Zaliza bin Zulkipli menghadiri Majlis Perasmian Kejohonan Futsal, Bola Jaring & Pertandingan Karaoke di Kampung Bangkong, Pekan.
dinner kespada 2019

dinner kespada 2019

PEKAN, 31 Januari 2020 - Bertemakan "Rock And Roll" KESPADA Pejabat Daerah dan Tanah Pekan mengadakan Majlis Makan Malam. Ia diadakan bagi menghargai penat lelah perkhidmatan kakitangan pejabat ini. Dirasmikan oleh Pegawai Daerah dan dimulakan dengan gimik membawa motosikal berkuasa tinggi memasuki dewan. diadakan di Dewan Universiti DRB-Hicom, Pekan. Lebih kurang 600 orang kakitangan termasuk ahli keluarga turut hadir memeriahkan.
watikah JKKK

watikah JKKK

PEKAN, 31 JANUARI 2020 - Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Daerah Pekan Dan Geran Sumbangan Kerajaan Negeri berserta taklimat pindaan cukai 2020 dan PahangGo. Seramai 69 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) dalam Daerah Pekan menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi JKKK.
Pahang 360 200

PEMBAYARAN CUKAI TANAH DITUTUP

Untuk Makluman semua pelanggan, pada 01 Januari 2020 (Rabu) sehingga 05 Januari 2020 (Ahad), "PEMBAYARAN CUKAI TANAH DIKAUNTER HASIL, PFX, PAHANGGO DAN CIMBCLICKS AKAN DITUTUP" kerana urusan pengemaskinian data pindaan cukai tanah tahun 2020.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 153 kali.


Kembali ke Atas