Perutusan Pegawai Daerah

DATO' ZALIZA BIN ZULKIPLI. DIMP., AAP.
PEGAWAI DAERAH PEKAN


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kepada warga maya kerana sudi meluangkan masa melayari laman web Pejabat Daerah Dan Tanah Pekan. Semoga laman web ini dapat membantu tuan/puan mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini mengenai Pentadbiran Daerah Pekan.

Pekan merupakan sebuah Bandar Diraja yang menjadi salah satu pusat ketamadunan Negeri Pahang selama ribuan tahun. Daerah ini pernah menjadi Ibu Negeri Pahang sebelum ia berpindah ke Kuala Lipis dan seterusnya Kuantan. Daerah ini kaya dengan pelbagai warisan sejarah, kebudayaan, kesenian dan keindahan alam sekitar.

Kini, Pekan menjadi antara pusat ekonomi utama bukan sahaja di Negeri Pahang tetapi juga di Pantai Timur. Selain sektor pertanian dan perkhidmatan, industri perlancongan dan automotif merupakan antara penyumbang ekonomi utama Daerah Pekan. Selain itu, Pekan juga terkenal sebagai pusat pengembangan ilmu kejuruteraan dengan adanya Universiti Malaysia Pahang di Kuala Pahang dan DRB Hicom University of Automotive Malaysia di Peramu Jaya.

Pejabat Daerah dan Tanah Pekan selaku agensi pusat di Daerah Pekan akan terus memainkan peranan untuk memacu pertumbuhan ekonomi daerah ni. Kami komited untuk mengekalkan kegemilangan Pekan sebagai pusat aktiviti ekonomi utama di Pantai Timur. Kami juga berharap Pekan mampu menjadi bandar automotif terkenal di dunia, sama seperti Sindelfingen di German dan Hamamatsu di Jepun.

Terima kasih.

Tarikh Kemaskini: 20/10/2020 16:33:56

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 2079 kali.


Kembali ke Atas