Piagam Pelanggan
A.BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
- Menguruskan urusan kutipan bayaran ansuran sewa rumah awam kos rendah dan hasil pelbagai dalam masa 5 minit dari waktu penerimaan wang anda.
- Memproses sokongan permohonan lesen kenderaan perdagangan untuk dihantar ke Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdangan dalam masa 3 hari.
- Memproses urusan duti setem dalam masa 5 minit sekiranya dokumen-dokumen didapati lengkap.
- Menguruskan bekalan borang-borang SPA, Surat Akuan, Permohonan Pencen dan lain-lain borang yang dikawal dalam masa 3 minit.
- Menguruskan pengurusan kewangan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dengan penuh tanggungjawab dan berkualiti mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
- Menguruskan urusan-urusan perkhidmatan (pengurusan dan pembangunan personel) Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dengan penuh tanggungjawab dan berkualiti mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
- Menguruskan majlis-majlis rasmi kerajaan dengan penuh tanggungjawab sehingga majlis tersebut selesai dilaksanakan.
- Menjalankan urusan penyelenggaraan komputer serta merta setelah aduan kerosakan diterima.
- Menguruskan urusan temu janji dengan Pegawai Daerah mengikut jadual.
- Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan dengan penuh sopan, berhemah dan berinformatif.
B. BAHAGIAN PENGURUSAN TANAH
UNIT PEMBANGUNAN TANAH
- Memproses dan menyelesaikan permohonan penukaran jenis kegunaan tanah di bawah Seksyen 124A/124 KTN dalam masa 6 bulan.
- Memproses dan menyelesaikan permohonan pecah sempadan di bawah Seksyen 137 KTN . Pecah Bahagian di bawah Seksyen 142 dan Penyatuan tanah di bawah Seksyen 148 KTN dalam masa 6 bulan.
UNIT PELUPUSAN TANAH
- Semua permohonan akan dimaklumkan mengenai penerimaan permohonan mereka dalam tempoh satu minggu daripada tarikh permohonan dikemukakan.
- Menyedia dan mengeluarkan borang 5A dalm tempoh 3 minggu daripada tarikh penerimaan fail daripada PTG (jika tiada masalah).
- Menyedia dan mengeluarkan Lesen Pendudukan Sementara dalam masa 15 minit (jika tiada masalah).
UNIT KERJA LUAR DAN PELAN / TEKNIKAL
- Menguruskan permohonan melihat dan membeli pelan dalam masa 15 minit pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.
- Menyelesaikan 4 permohonan untuk siasatan dan laporan dalam tempoh 1 minggu bagi seorang Penolong Pegawai Tanah.
- Menyediakan pelan PU & QT bagi penyediaan hakmilik dalam tempoh 3 bulan selepas bayaran 5A.
- Memproses permohonan permit dalam tempoh dua minggu bagi tanah milik dan 1 bulan bagi LPS bercantum permit sebelum diangkat ke PTG (jika tiada masalah).
- Mengambil tindakan penguatkuasaan secepat mungkin atas aduan yang diterima.
UNIT PENDAFTARAN
- Mendaftar suratcara urusniaga tanah dan bukan urusniaga dalam tempoh 4 minggu.
- Mendaftar hakmilik tanah berkomputer dalam tempoh seperti berikut :-
- Pendaftaran hakmilik untuk setiap satu kes yang mengandungi satu hakmilik akan disempurnakan dalam tempoh 7 hari (Jika tiada backlog).
- Pendaftaran hakmilik untuk setiap satu kes yang mengandungi 2 hingga 50 hakmilik akan disempurnakan dalam tempoh 14 hari. (Jika tiada backlog).
- Pendaftaran hakmilik untuk setiap satu kes yang mengandungi 61 hingga 100 hakmilik akan disempurnakan dalam tempoh 4 minggu. (Jika tiada backlog).
- Pendaftaran hakmilik untuk setiap satu kes yang mengandungi 101 hingga 200 hakmilik akan disempurnakan dalam tempoh 6 minggu. (Jika tiada backlog).
- Pendaftaran hakmilik untuk setiap satu kes yang mengandungi 201 hingga 400 hakmilik akan disempurnakan dalam tempoh 6 minggu. (Jika tiada backlog).
- Mengeluarkan sijil carian rasmi dalam tempoh 2 hari.
- Memproses permohonan kebenaran mengecualikan sekatan kepentingan (untuk pindah milik / mencagar / memajak) untuk dihantar ke PTG dalam tempoh 1 minggu mulai dari permohonan diterima.
- Memproses permohonan perintah jual dalam masa 12 bulan.
UNIT HASIL DAN AKAUN
- Menghantar bil-bil cukai tanah kepada pemilik yang mempunyai alamat yang lengkap tidak lewat daripada akhir bulan Mac pada setiap tahun.
- Membuat kutipan luar sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi setiap mukim.
- Menerima bayaran cukai tanah dan lain-lain bayaran berhubung dengan tanah di kaunter dalam masa 3 minit (jika tiada masalah).
BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
- Menyampaikan maklumat mengenai dasar, strategi dan program-program kerajaan dengan jelas dan tepat kepada golongan sasar.
- Merancang dan mengemukakan permohonan peruntukan / cadangan projek pembangunan untuk tahun berikutnya selewatnya pada 15 Disember tahun semasa.
- Menyediakan minit-minit mesyuarat utama yang di laksanakan oleh unit PLB dengan lengkap, tepat dan di edarkan dalam tempoh 2 hari bekerja.
- Melaksana, mengawasi dan menyiapkan projek pembanguan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh peruntukan diluluskan.
- Meyediakan baucer bayaran peruntukan ( perkhidmatan perbekalan / kontrak ) dalam tempoh 7 hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap dan di sahkan diterima.
- Memberi jawapan dalam masa 14 hari ke atas aduan dikemukakan.
- Mengesahkan penerimaan barang-barang yang di bekalkan oleh pembekal dalam masa 3 hari.
- Menyediakan dokumen pembayaran dalam masa 1 hari.
- Peraturan meluluskan bayaran :
- Menerima pengesahan siap kerja dari pemborong dalam masa 4 hari.
- Pegawai Penguasa Projek akan membuat lawatan dalam masa 4 hari.
- Membuat pengesahan projek / penentuan jumlah bayaran dalam masa 4 hari.
- Pemborong menyerahkan dokumen kerja kepada kerani kewangan dalam masa satu hari.
- Menyediakan baucar-baucar bayaran projek yang telah siap dengan sempurna dalam masa 1 minggu.
- Baucar dihantar ke Pejabat Akauntan Negeri / Negara untuk tindakan pembayaran dalam masa 4 hari.
Tarikh Kemaskini: 27/10/2020 14:47:18
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 49 kali.
Kembali ke Atas