Objektif & Fungsi

 

OBJEKTIF

Untuk menentukan pelaksanaan Dasar Tanah Kerajaan dan Dasar-dasar (Pembangunan, Ekonomi dan Sosial) diuruskan dengan cekap dan berkesan selaras dengan undang-undang yang berkenaan dalam usaha ke arah kemajuan pembangunan daerah, berdasarkan kehendak-kehendak Dasar Pembanguanan Nasional.

FUNGSI

 

  • Merancang, mentadbir dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan ekonomi dan sosial dengan kehendak-kehendak Dasar Ekonomi Baru.
  • Memberi khidmat kehakiman dan perancangan serta penguatkuasaan serta undang-undang terhadap rakyat.
  • Menyelaras kerja-kerja/tugas-tugas jabatan kerajaan di daerah dalam rancangan dan melaksanakan projek-projek pembangunan ataupun perkhidmatan
  • Mewujudkan suatu suasana yang aman dan harmoni di kalangan anggota -anggota masyarakat yang berbilang kaum.
  • Mewujudkan satu sistem pentadbiran tanah yang cekap dan berkesan.
  • Merancang pelupusan kegunaan tanah yang optima untuk pembangunan daerah serta negeri Pahang Darul Makmur.
  • Mewujudkan dasar tanah yang lebih adil yang dapat menguntungkan rakyat dan negeri selaras dengan dasar ekonomi baru.