Laman Web Rasmi PDT Pekan

Blue Orange Black
  • Connect To Twiter
  • Connect To Facebook
  • Ikuti kami di laman sosial
Anda disini:

Unit Pendaftaran

PENDAFTARAN URUSNIAGA TANAH

Pendaftaran Pindahmilik (Borang 14A KTN)

Pemindahan pemilikan ke atas tanah, bahagian atau pajakan kepada penama yang lain sama ada melalui jualan, pemberian kasih sayang atau pertukaran lot.

Pendaftaran Gadaian (Borang 16A KTN)

Urusan yang didaftarkan sebagai jaminan kepada pihak yang memberi pinjaman bercagarkan hakmilik tanah.

Pendaftaran Melepas Gadaian (Borang 16N KTN)

Membebaskan hakmilik tanah daripada gadaian setelah semua pinjaman dijelaskan.

Pendaftaran Pajakan Tanah (Borang 15A KTN)

Pajakan berdaftar atau pajakan kecil tanah di mana tuan tanah memajak tanahnya kepada pihak lain.

 Pendaftaran Pajakan Kecil Tanah (Borang 15B KTN)

Proses pemegang pajak ke atas tanah berimilik memberi pajakan semula kepada pihak lain.

 Pendaftaran Penyerahan Balik Pajakan (Borang 15C)

Proses membebaskan hakmilik tanah daripada pajakan atau pajakan kecil setelah semua bayaran dijelaskan.

Pendaftaran Pindahmilik Gadaian

Proses pertukaran nama pemegang gadai kepada pemegang gadai yang baru.           

Pendaftaran Penangguhan Gadaian (Borang 16C)

Mana-mana gadaian yang ditangguhkan kepada mana-mana gadaian berikutnya dengan suatu suratcara dalam Borang 16C. Gadaian kepada nama sebarang suratcara penangguhan berkaitan hendaklah berkedudukan dalam susunan yang ditentukan dari tarikh suratcara itu didaftarkan.

Pendaftaran Perintah Jual oleh Mahkamah (Borang 16F) @ Pendaftaran Perintah Jual oleh Pentadbir Tanah (Borang 16I)

Perintah ke atas tanah/pajakan tanah hakmilik Pejabat Pendaftar/ Pejabat Tanah yang dijual secara lelongan awam.

PENDAFTARAN BUKAN URUSNIAGA TANAH

Pendaftaran Pembatalan Gadaian

 Sesuatu tindakan bagi membatalkan gadaian yang dibuat oleh tuan tanah ke atas gadaian yang dimasukkan di mana pemegang gadaian tidak dapat

tidak dapat di kesan atau telah meninggal dunia.

 Pendaftaran Kaveat Persendirian

Sesuatu tegahan ke atas kepentingan tanah oleh individu (orang perseorangan) untuk menjaga kepentingannya.

Pendaftaran Kaveat Pemegang Lien

Sesuatu tegahan yang mengikat akan tanah dan kepentingannya bagi menjamin kepentingan orang atau badan yang memberi pinjaman.

Pendaftaran Kaveat Amanah

Sesuatu tegahan yang dibuat bagi menjaga kepentingan orang-orang yang diamanahkan.

Notis Menarik Balik Kaveat Persendirian

Notis permohonan pelepasan kaveat atau tegahan yang dibuat oleh orang yang memasukkan kaveat.

 Pendaftaran Perintah Larangan (mahkamah) atau Lanjut Tempoh Kaveat

Perintah oleh mahkamah di mana tanah atau kepentingan atas tanah yang dipegang oleh pemiutang yang akan dijual dalam proses perbicaraan yang mana melarang pemiutang dari melaksanakan apa-apa urusan seperti yang dinyatakan dalam perintah itu atau perintah bagi melanjutkan tempoh kaveat persendirian.Melanjut tempoh kaveat ialah sesuatu lanjutan masa yang diberi oleh pihak mahkamah ke atas kemasukan kaveat persendirian.

 Memotong Kaveat Persendirian

Permohonan untuk pelepasan kaveat atau tegahan yang dipohon oleh tuan tanah atau orang-orang yang berkepentingan berdaftar ke atas satu-satu kaveat yang telah mengikat akan tanah atau kepentingan tersebut.

Pendaftaran Pemegang Amanah

 Pendaftaran sebagai pemegang amanah ialah orang-orang yang diberi kuasa mengurus dan mentadbir harta pihak lain.

 Pendaftaran Penukaran Nama (Seksyen 378 KTN)

 Perubahan nama seperti ejaan nama, menukar nama atau menambah gelaran pada nama atau nombor kad  pengenalan oleh tuan tanah ke atas hakmilik atau kepentingannya dengan dikepilkan bukti dengan dokumen seperti Surat Akuan Berkanun, surat pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara, Borang 13 Akta Syarikat 1965, Deed of Poll atau lain-lain yang berkaitan.

Pendaftaran Perletakhakan Statutori

 Sesuatu perletakhakan yang dikuatkuasakan oleh mana-mana undang-undang bertulis tentang mana-mana kepentingan berdaftar mengenai tanah atau mana-mana kepentingan yang boleh didaftar mengenai tanah.

Pendaftaran Membatal Sekatan Kepentingan

 Pengubahan atau pembatalan atau pemindaan mana-mana syarat nyata atau sekatan kepentingan atau pengenaan syarat nyata atau sekatan yang baru untuk membolehkan tuan tanah mengguna atau memajukan tanahnya bagi maksud-maksud lain yang dibenarkan sekarang.

 Pendaftaran Kaveat Pendaftar

Sesuatu tegahan ke atas kepentingan tanah yang dimasuki oleh Pendaftar bagi menjaga kepentingan badan-badan kerajaan dan pihak-pihak tertentu.

 PENDAFTARAN HAKMILIK

 Hakmilik Sementara (QT)

 Tanah yang telah diluluskan melalui Permohonan Pemberimilikan tanah tetapi belum diukur halus atau diakui oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri

 Hakmilik Kekal (FT)

 Hakmilik Kekal adalah sambungan kepada hakmilik sementara. Hakmilik ini dikeluarkan bagi tanah yang telah diukur halus atau diperakui oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri

 Hakmilik Sambungan

Hakmilik Sambungan adalah hakmilik yang dikeluarkan selepas proses pecah bahagian tanah, pecah sempadan tanah dan penyatuan tanah.

PERMOHONAN PERINTAH JUAL (BORANG 16G)

Perintah Jual yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah untuk Hakmilik Pejabat Tanah berikutan daripada keingkaran mengenai suatu gadaian.

PERMOHONAN KEBENARAN UNTUK PINDAHMILIK/ MENGGADAI/ MEMAJAK 

Permohonan Kebenaran Untuk Pindahmilik (Borang 20 KTP)         

Bertujuan mendapatkan kebenaran daripada Pentadbir Tanah Daerah, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pihak Berkuasa Negeri atau Menteri Besar sebagaimana sekatan kepentingan yang dicatatkan di atas hakmilik untuk membuat pindahmilik tanah kepada individu atau syarikat.

Permohonan Kebenaran Untuk Menggadai (Borang 21 KTP)              

Bertujuan mendapatkan kebenaran daripada Pentadbir Tanah Daerah, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pihak Berkuasa Negeri atau Menteri Besar sebagaimana sekatan kepentingan yang dicatatkan di atas hakmilik untuk membuat Gadaian kepada Perbendaharaan Malaysia, Syarikat-syarikat Kewangan dan sebagainya.

Permohonan Kebenaran Untuk Memajak (Borang 22 KTP)

Bertujuan mendapatkan kebenaran daripada Pentadbir Tanah Daerah, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Pihak Berkuasa Negeri atau Menteri Besar sebagaimana sekatan kepentingan yang dicatatkan di atas hakmilik untuk membuat pajakan tanah kepada individu atau syarikat.

Permohonan Kebenaran Untuk Pindahmilik/ Menggadai atau Memajak oleh Warganegara atau Syarikat Asing:-

  •  Application For Permission To Acquire Land/ Interest In Land By A Foreign Citizen (Form 23
  • Application For Permission To Acquire Land/ Interest In Land By A Foreign Company (Form 24)

 PERMOHONAN PUSAKA KECIL (BORANG A)

Permohonan pusaka dari waris si mati yang tanahnya berada dalam Daerah Pekan

LAIN-LAIN

Carian Persendirian : RM20.00/ hakmilikCarian Rasmi

Hakmilik : RM30.00/ hakmilik

Carian Rasmi Untuk Kegunaan Rasmi : Percuma

(*Jabatan/ Agensi Kerajaan/ Badan Berkanun sahaja)

Salinan Sah Hakmilik/ Dokumen : RM30.00/ hakmilik@ dokumen