Articles

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2016 Peringkat Daerah Pekan

PEKAN, 31 OGOS 2016 - Majlis Sambutan Hari Kebangsaan kali ke 59 bagi tahun 2016 Peringkat Daerah Pekan telah diadakan
pada 31 Ogos 2016 bermula jam 7.30 pagi di Dataran Pekan. Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Pekan YH Dato' Ali Syahbana Bin Sabaruddin
selaku wakil rasmi Menteri Besar Pahang.
Seramai lebih kurang 60 buah agensi yang menyertai perarakan dan perbarisan pada hari bersejarah ini terdiri daripada
agensi kerajaan,NGO,swasta,kadet-kadet sekolah dan Royal Pahang Polo Club.Turut memeriahkan suasana dengan kehadiran orang ramai dari seluruh Daerah Pekan. 
Sekalung Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang terlibat mengikut kategori masing-masing.
 
Agensi Kerajaan:-
Johan - Hospital Pekan
Naib Johan - Pejabat Daerah Dan Tanah Pekan
Ketiga - PPD Pekan
 
Agensi Swasta:-
Johan - Isuzu Hicom
Naib Johan - Hicom Automative 
Ketiga - PAIP
 
 merdeka  merdeka1