Articles

Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

PEKAN, 23 MEI 2016 - Pejabat Daerah Dan Tanah Pekan telah mengadakan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 di Dewan Seroja Majlis Daerah Pekan pada 20 Mei 2016. Majlis telah dimulakan dengan forum muqorrabin "Cemerlang Dunia,Cemerlang Akhirat" yang disampaikan oleh Ustaz Nik Ibrahim bin Nik Abdullah dan Ustaz Nor Hamizi Bin Jamaluddin. Setelah itu ucapan ringkas serta perasmian Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pekan YH Dato' Ali Syahbana Bin Sabaruddin. Terima kasih diucapkan kepada semua warga Pejabat Daerah dan Tanah Pekan yang sudi hadir pada majlis tersebut. Ucapan TAHNIAH buat penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015. Semoga terus memberi perkhidmatan cemerlang pada masa akan datang.