Articles

Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Perdana Menteri Malaysia

PEKAN, 01 OGOS 2016 - Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pekan Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
 telah diadakan pada 30 Julai 2016 bertempat di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan. Kira-kira 50,000 tetamu berbilang kaum hadir mewarnai 
Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri tahun ini. Rumah Terbuka Aidil Fitri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bertambah meriah dan serinya
apabila beliau menerima kunjungan tetamu diraja,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dan kaum kerabat diraja Pahang.
Turut memeriahkan sambutan aidil fitri Perdana Menteri ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob,
Exco-Exco Pahang para pemimpin kerajaan dan politik, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
 page1 page2  page3