Kumpulan FOKUS : SIS - KUR

Kumpulan : FOKUS

Ahli Kumpulan : En. Azran Bin Akit                                                         - Ketua
                           Pn Nor Sabarina Binti Abdullah                                    - Setiausaha
                           Tn Syed Patahuddin Bin Syed Abu Bakar                   - Ahli
                            En Mohd Fadzwie Shah Bin mohd Yusof                   - Ahli
                            Pn Norsalina Binti Mohd Ghazali                                - Ahli

Sebanyak 66 buah penyertaan dari seluruh negeri Pahang telah disenarai pendek
untuk menyertai pertandingan ini yang melibatkan kategori sekolah, kategori akar umbi dan kategori produk.

Kumpulan FOKUS telah menghantar penyertaan dibawah kategori akar umbi berdasarkan kriteria-kriteria dan syarat-syarat
yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan merupakan satu-satunya penyertaan daripada Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Pahang.

Idea untuk mencipta Sis - Kur tercetus apabila timbulnya kesukaran dikalangan juruteknik-juruteknik di Unit Pembangunan Luar Bandar, Pejabat Daerah Dan Tanah Pekan untuk mengukur saiz besi tetulang sebagaimana yangn diarahkan oleh Pegawai Penguasa di tapak-tapak projek yang diseliakan oleh mereka.

Punca-punca masalah :-

  • Kedudukan besi tetulang yang jauh dari jangkauan
  • Tiada alatan khas untuk mengukur besi tetulang yang boleh digunakan pada pelbagai keadaan dan tempat
  • Kaedah sedia ada tidak selamat untuk digunakan dan mengambil masa yang panjang 

Keputusan Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Pahang 2014

  • Kumpulan FOKUS telah berjaya mendapat 10 yanng terbaik dari 66 buah penyertaan
    dan mendapat sijil penyertaan serta wang tunai RM500.00.