Articles

Soalan Lazim Unit Perumahan

 

Apakah rumah kos rendah kerajaan?

Projek perumahan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri atau  oleh Kerajaan Pesekutuan melalui agensi pelaksana yang dilantik dan dijual pada harga RM30,000.00 hingga RM42,000.00.

Apakah rumah kos rendah swasta?

Projek perumahan yang dimajukan oleh pemaju di atas tanah persendirian  atau Kerajaan Negeri dan dijual pada harga RM30,000.00 hingga RM42,000.00.

Apakah rumah kos sederhana rendah swasta?

Projek perumahan yang dimajukan oleh pemaju di atas tanah persendirian  atau Kerajaan Negeri dan dijual pada harga RM60,000.00 hingga RM80,000.00.

Apakah program perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang?

Projek perumahan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi golongan berpendapatan sederhana yang tidak mamampu untuk membeli rumah berharga tinggi  tetapi dalam masa yang sama tidak layak dipertimbangkan rumah kos rendah dan sederhana rendah dan dijual pada harga RM100,000.00.

Bagaimana boleh menyemak status permohonan?

a. Menghubungi talian telefon seperti di senarai alamat dengan  merujuk kepada myID

b. mySMS : Taip PHG<jarak>RUMAH<jarak>NO KP dan hantar ke 15888

c. Datang ke Kaunter Pertanyaan Bahagian Perumahan,  Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang; atau Kaunter-kaunter Perumahan Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Pahang

Dimana boleh diketahui projek-projek perumahan Kos Rendah / Sederhana Rendah yang ada di Negeri Pahang?

a.  Menghubungi talian telefon seperti di senarai alamat
b. Datang ke Kaunter Pertanyaan Bahagian Perumahan,  Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang;     
atau kaunter-kaunter Perumahan Pejabat Daerah dan Tanah di Negeri Pahang