Articles

Soalan Lazim Unit Pandaftaran

Bagi Tanah Rizab melayu, bolehkah penyaksian dibuat oleh peguambela atau peguamcara?
Penyaksian bagi hakmilik rizab melayu hanya boleh disempurnakan oleh Pentadbir tanah sahaja (Peranggan 3, jadual ke 5 KTN)

 

Bolehkah urusniaga dilaksanakan sekiranya cukai tanah bagi tahun semasa belum dijelaskan?
Tidak Boleh. Cukai tanah bagi tahun semasa perlu dijelaskan sebelum sebarang urusniaga boleh dilaksanakan (Seksyen 301A KTN)