Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (Qe) 5s Oleh MPC

 

06 Jun 2012, Rabu - TAHNIAH...!!! Buat tahun keempat, pentadbiran Pejabat Daerah & Tanah Pekan telah berjaya memperbaharui Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S oleh Malaysia Productivity Coorporation (MPC). Pengauditan yang telah dijalankan oleh auditor MPC iaitu Cik Faridah Binti Taju Rahim telah berjalan lancar dan sempurna bermula jam 10.00 pagi hinggalah jam 4.30 petang.

Pembukaan audit semula persijilan telah disempurnakan oleh Yang Hormat Pegawai Daerah Pekan, Dato’ Mohd Fadzli bin Mohd Kenali seawal jam 10.00 pagi. Memetik ucapan beliau, PDT Pekan telah berjaya memperoleh sijil yang pertama pada Mac 2009 dan merupakan agensi kerajaan yang pertama dianugerahkan Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S di negeri Pahang.

 

Pengauditan telah dijalankan secara menyeluruh melibatkan 7 Zon iaitu Zon Berlian, Zon Intan, Zon Kristal, Zon Delima, Zon Mutiara, Zon Nilam, dan juga Zon Zamrud. Skop pengauditan juga turut melibatkan 4 jawatankuasa utama iaitu Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Latihan dan juga Jawatankuasa Promosi. Secara keseluruhannya, auditor telah berpuashati dengan semua pematuhan kepada kriteria-kriteria yang telah digariskan dan menepati skop pengauditan. Tahniah sekali lagi kepada seluruh warga kerja pentadbiran Pejabat Daerah & Tanah Pekan atas Persijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti (QE) 5S bagi tahun 2012.