Laman Web Rasmi PDT Pekan

Blue Orange Black
  • Connect To Twiter
  • Connect To Facebook
  • Ikuti kami di laman sosial
Anda disini:

APLIKASI HRMIS 2.0

 

hrmis2.0 web

Aplikasi ini boleh dilayari menggunakan pelbagai jenis pelayar pilihan pengguna.

Sila klik DI SINIuntuk brosur HRMIS 2.0 atau klik

 https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/common/main/login.aspx 

untuk terus ke HRMIS 2.0.

 OPS JELAJAH CYBER

 

ops jelajah cyber

 Program CSR : Misi Bantuan Pemulihan Data Mangsa Banjir Oleh

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama CyberSecurity Malaysia.

Mereka telah datang ke PEJABAT DAERAH DAN TANAH PEKAN 

pada 24-25 MAC 2015 untuk bantuan pemulihan data kepada mangsa banjir yang lalu.

Sampah sarap penuhi persekitaran, pemandangan jadi hodoh

 

Sinar Harian ( 23 Mei 2012 )

KAMPUNG SERANDU – Keindahan Pantai Legenda dekat sini terjejas akibat pembuangan sampah sarap sekali gus memburukkan pandangan bentuk muka bumi pantai yang landai itu.

Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati pantai yang dikenali dengan nama ‘Air Leleh’ itu dicemari plastik, botol kosong dan pembungkus makanan mencemari kawasan itu serta boleh memberi kesan kepada hidupan laut.

Beberapa pengunjung yang ditemui kesal kerana pantai yang berpotensi sebagai tempat pelancongan itu tidak mendapat perhatian pen­duduk dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Seorang pengunjung, Mohd Faris Hilmie Ali, 22, berkata, pantai itu perlu disenaraikan antara lokasi yang mampu menarik pelancong dan penduduk tempatan untuk ­aktiviti rekreasi.

Katanya, PBT boleh menaiktarafkan kawasan itu supaya menjadi lokasi kunjungan pilihan orang ramai untuk berkelah dan mandi-manda.

“Walaupun keadaannya ­tidak pernah berubah, namun pantai ini sentiasa dikunjungi orang ramai pada hujung minggu,” katanya.

Pemuda itu berpendapat, usaha mengubah keadaan pantai itu perlu dilaksanakan ­supaya lebih berpotensi ­sebagai pusat pelancongan yang ­menarik di daerah Pekan.

Seorang lagi pelancong, Zulkarnain Isa, 37, berkata, kehadiran peniaga makanan dan minuman di kawasan ini suatu masa dahulu memberi keceriaan kepada alam semula jadi di sini.

Katanya, walaupun pantai itu semakin hilang ­keindahannya tetapi masih menjadi pilihan orang ramai yang ingin merehatkan ­fikiran serta membawa keluarga bersantai.

“Pantai ini sebenarnya mempunyai banyak ­kelebihan kerana lokasinya berada di kawasan perkampungan yang memberi peluang kepada pengunjung untuk ­menikmati pemandangan indah di sini.

Zulkairnain turut mencadangkan PBT menambah­ ­infrastruktur di pantai itu selain pembersihan.

Katanya, pengunjung ­sudah pasti memerlukan kemudahan seperti papan ­tanda, taman kanak-kanak, surau dan tandas serta ­tapak ­perkhemahan yang ­boleh membantu meningkatkan ­industri