Soalan Lazim Bahagian Pembangunan

Apa itu eKasih?

Kerajaan pada 31 Oktober 2007 telah memutuskan dan bersetuju untuk membangunkan projek ekasih bagi mengatasi isu tiadanya data bersepadu mengenai pembasmian kemiskinan.  Sasaran nasional ilah mensifarkan kadar miskin tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan kepada 2.8% pada hujung tahun 2010.

eKasih merupakan Sistem Maklumat Kemiskinan Negara yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan serta mengesan pergerakan isi rumah kepada kategori yang lebih baik seperti dari kategori yang lebih baik seperti dari kategori miskin tegar kepada miskin dan seterusnya.

Bagaimana saya ingin mendaftar eKasih?

Memahami bahawa bancian sedia ada tidak berupaya mancakupi semua mereka yang layak, kaedah pendaftaran terbuka disediakan untuk mengatasi isu kemiskinan di negara ini.

Sehingga kini, hanya terdapat satu kaedah pendaftaran iaitu melalui kaedah pendaftaran ringkas/terbuka di mana-mana pejabat daerah dan tanah dan jabatan-jabatan pemberi bantuan.

Adakah dengan mendaftar dengan eKasih ini saya mampu mendapat bantuan daripada kerajaan?

Pendaftaran terbuka data kelurga miskin dalam eKasih bukanlah penentu kelayakan mereka menerima bantuan mengikut program pembasmian kemiskinan.  eKasih bukanlah badan yang memberi bantuan seperti mana tanggapan banyak pihak.  pendaftaran terbuka hanya menentukan sama ada bancian terperinci layak dijalankan atau sebaliknya.

Mengapa saya boleh terkeluar daripada Sistem eKasih?

Aktiviti utama eKasih ialah memastikan data yang dimasukkan dalam sistem boleh diguna pakai dan tepat.  Untuk itu usaha pemutihan dan kemaskini sentiasa dilakukan dimana setiap individu dalam sisi rumah akan dipastikan peningkatan pendaptannya.  Isi rumah yang telah melepasi PGK per kapita asal akan bergerak kepada kategori yang lebih baik atau terkeluar tetapi masih di simpan dalam eKasih.