Articles

Pembayaran Cukai Tanah

 

Cukai tanah tanpa denda hendaklah dijelaskan bagi tahun semasa mulai 1 Januari hingga 31 Mei. Cukai tanah boleh dibayar di tempat-tempat berikut:

Pejabat Daerah dan Tanah Pekan
Jalan Sultan Abu Bakar,
26600 Pekan, 
Pahang. 
Tel: 09-4122777

Waktu Urusniaga 

Isnin - Khamis 8.30 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 4.30 petang 
Jumaat 8.30 pagi - 12.00 tengahari 
2.45 petang - 4.30 petang

Cara Membayar Cukai

Sesiapa yang ingin membayar cukai boleh membuat pembayaran secara:

  • Datang sendiri
  • Melalui pos
  • Selain secara tunai, cukai tanah boleh dibayar dengan Cek/Bank Draf/Wang Pos dan Kiriman Wang yang berpalang atas nama "PENTADBIR TANAH PEKAN"

Nota: *Sila semak bahawa akuan terima wang yang dicetak dengan mesin penerimaan atau melalui Kewangan 38 dengan bercop rasmi sahaja yang diakui sah.

Dokumen Yang Perlu Semasa Mengemukakan Borang Permohonan

Sesiapa yang ingin membuat pembayaran cukai perlu membawa dokumen-dokumen berikut:

  • Resit cukai tanah tahun semasa yang telah diterima
  • Resit cukai tanah tahun lepas
  • Geran tanah asal atau salinan
  • Maklumat tanah - jenis Hakmilik, No. Lot., Mukim/Kawasan

Nota: *Sila semak nombor hakmilik, nama serta alamat dan sentiasa mengemaskinikannya jika berlaku apa-apa perubahan / pertukaran. 
PERHATIAN 

Sila bayar pada atau sebelum 31 Mei setiap tahun untuk mengelakkan daripada:

  • Dikenakan Denda
  • Membayar Tunggakan
  • Tanah Dirampas