Articles

Permohonan Pengambilan Balik Tanah

 

I. Di bawah SEK. 3(1)(a)

1- Cara Permohonan


Permohonan hendaklah dibuat dengan menulis surat kepada Pejabat Tanah Pekan dengan disertakan butir-butir berikut:

a) Pelan Pengambilan Tanah - 40 salinan

2- Bayaran Permohonan

Tiada

II. Di bawah SEK. 3(1)(b) & (c)

1- Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang 1 dan disertakan butir-butir berikut:-

a) Pelan Pengambilan Tanah - 30 salinan
b) Pelan Tatatur - 2 salinan
c) Kertas cadangan projek - 2 salinan
d) Laporan Awal Penilaian Tanah - 1 salinan
e) Perakuan Carian Rasmi (RM 50.00 per lot) - 2 salinan
f) Memorandum dan perkara-perkara persatuan
g) Borang 49 - 2 salinan
h) Borang 24 - 2 salinan
i) Laporan daripada Jabatan-jabatan Teknikal - 2 salinan

2- Bayaran Permohonan

1. Bayaran Deposit 50% dari 125% nilai pampasan tanah
2. Bayaran Fee seperti berikut:-

a) Tiap-tiap permohonan selain bagi maksud kemudahan awam yang terdiri tidak lebih 10 orang yang berkepentingan seperti dalam tanah terjadual - RM 10,000.00
b) Atas tambahan orang seterusnya sehingga 15 - RM 1,000.00
c) Atas tambahan orang seterusnya sehingga 20 - RM 2,000.00
d) Atas tambahan orang seterusnya - RM 3,000.00

3. Tiap-tiap permohonan bagi maksud kemudahan awam yang terdiri daripada tidak lebih daripada 10 orang yang berkepentingan seperti dalam tanah terjadual 
- RM 1,000.00

a) Atas tambahan orang seterusnya - RM 100.00

3- Bayaran Selepas Diluluskan

Bayaran Baki Deposit 75%