Articles

Permit, Pasir, Tanah & Rumput

 

Tindakan Anda 

1. Memastikan tanah kerajaan yang hendak dipohon. Butir-butir seperti berikut: mukim, no. lot (jika ada), lokasi, luas dan lain-lain 

2. Dapatkan pelan tanah tersebut di Unit Pembangunan Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Pekan 

3. Mengisi borang permohonan permit mengeluarkan/memindahkan/memproses bahan-bahan batuan (Sek 69/72 Kanun Tanah Negara). Borang boleh didapati di Unit Pembangunan Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Pekan 

4. Bayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM 20.00 

Dokumen Yang Perlu Semasa Mengemukakan Borang Permohonan 

1. Bagi Tanah Milik carian rasmi hendaklah dibuat terhadap tanah tersebut di Unit Pendaftaran, Pejabat Daerah dan Tanah Pekan 

2. Surat kebenaran daripada tuan tanah 

3. Bagi permohonan dari syarikat-syarikat/koperasi/pertubuhan berdaftar sertakan bersama: Perlembagaan Pertubuhan, Sijil Pendaftaran, AMA Borang 24 dan borang 49 



Tempoh Masa Memproses Permohonan

  • http://pdtpekan.pahang.gov.my/templates/webis_itcompany2/images/PostBullets.png); ">Tidak melebihi 13 minggu dari tarikh penyerahan borang permohonan

 

Sekiranya Permohonan Diluluskan 

Bayaran yang dikenakan seperti berikut:

Pasir dan Batu 

1. Bayaran royalti RM 2.60 bagi s.m.p 
2. Deposit 10% daripada jumlah royalti 
3. Pembelian kupon RM 5.00 bagi 1 buku mengikut jumlah royalti 


Tanah Merah dan Rumput 

1. Bayaran royalti RM 2.00 bagi s.m.p 
2. Deposit 10% daripada jumlah royalti 
3. Pembelian kupon RM 5.00 bagi 1 buku mengikut jumlah royalti