Articles

Permohonan Rumah Awam

 

Membuat Pendaftaran 

1. Borang Permohonan rumah awam boleh diperolehi di kaunter Perumahan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan dengan bayaran RM 2.00 

2. Pemohon perlu membawa kad pengenalan semasa membeli borang dan maklumat pemohon akan didaftarkan

 

Kelayakan Pemohon 

1. Warganegara Malaysia yang telah berkahwin dan sekiranya belum berkahwin hendaklah berumur 30 tahun ke atas pada tarikh permohonan 

2. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 1,700 

3. Pemohon dan isteri atau suami tidak memiliki rumah

 

Dokumen Yang Perlu Semasa Mengemukakan Borang Permohonan 

1. Gambar Pemohon 

2. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan suami atau isteri 

3. Salinan penyata gaji pemohon dan isteri atau suami, jika tiada penyata gaji sila sertakan surat akuan sumpah 

4. Salinan Sijil Nikah/Cerai/Mati *(mana yang berkenaan) 

5. Borang boleh disertakan di Pejabat Daerah