Articles

Permohonan Permit Bahan Batuan

 

1- Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat melalui borang permohonan permit mengeluarkan/memindah/memproses Bahan Batuan (Seksyen 69/72 KTN) dan disertakan dengan butir-butir seperti berikut:

a) Pelan Lokasi (RM 30.00 per lot) - 21 salinan
b) Perakuan Carian Rasmi (RM 50.00 per lot) - 1 salinan
c) Surat Kebenaran dari orang-orang/badan-badan yang berkepentingan di atas tanah
d) Bagi permohonan daripada Syarikat/Koperasi/Pertubuhan Berdaftar hendaklah disertakan:-

a) Perlembagaan Pertubuhan - 1 salinan
b) Sijil Pendaftaran - 1 salinan
c) Borang 24 - 1 salinan
d) Borang 49 - 1 salinan

2- Bayaran Permohonan

RM 100.00

3- Bayaran Selepas Kelulusan

a) Bayaran Royalti:-

i) Granite - RM 2.60 smp
ii) Tanah Merah - RM 2.00 smp
iii) Pasir - RM 2.60 smp
iv) Rumput - RM 2.00 smp
v) Tanah Liat - RM 2.00 smp

b) Deposit 20% daripada royalti

c) Bayaran Kupon - RM 5.00 (1 buku)