Laman Web Rasmi PDT Pekan

Blue Orange Black
  • Connect To Twiter
  • Connect To Facebook
  • Ikuti kami di laman sosial

Articles

Permohonan Tanah Kerajaan

 

PERMOHONAN TANAH KERAJAAN

Permohonan hendaklah dibuat melalui borang Jadual l dan disertakan butir-butir seperti berikut:

1. Permohonan Individu


1. Butir-butir peribadi dan dokumen-dokumen seperti berikut:-

a) Pelan Lokasi (RM 30.00 per lot) - 30 salinan
b) Kad Pengenalan Suami/Isteri pemohon - 1 salinan
c) Surat beranak Suami/Isteri pemohon - 1 salinan
d) Kad Pengenalan Ibu dan Bapa 
(sekiranya telah meninggal dunia sila sertakan satu salinan surat kematian)
e) Sijil Kerakyatan jika berkenaan 
f) Bagi Kakitangan Kerajaan/ Badan Berkanun sila sertakan surat kebenaran memiliki harta daripada Ketua Jabatan


2. Permohonan Agensi Kerajaan/Syarikat/Pertubuhan Berdaftar dan Koperasi Disertakan Butiran-butiran Berikut:-

a) Pelan Lokasi (RM 30.00 per lot) - 30 salinan
b) Perlembagaan Pertubuhan - 1 salinan
c) Sijil Pendaftaran Perniagaan - 1 salinan
d) Borang 24 dan 49 - 1 salinan
e) Daftar Perniagaan Persendirian - 1 salinan
f) Undang-undang kecil - 1 salinan
g) Senarai Jawatankuasa Pengurusan - 1 salinan

2 - Bayaran Permohonan

RM 50.00

3 - Bayaran Selepas Kelulusan

a- Bayaran premium tanah dan lain-lain bayaran seperti yang telah ditetapkan bersama kelulusan

b- Pengiraan Premium

i. Bagi Tanah Kerajaan Asal:-


Bangunan Kediaman = 1/200 x Harga Pasaran x Tempoh Pajakan 
Bangunan Perniagaan = 3/400 x Harga Pasaran x Tempoh Pajakan 
Bangunan Perusahaan = 3/400 x Harga Pasaran x Tempoh Pajakan

ii. Bagi Tanah Kerajaan Hasil Pengambilan Balik Tanah

Bangunan Kediaman = 25% (Harga Penilaian - Bayaran Pampasan)
Bangunan Perniagaan = 25% (Harga Penilaian - Bayaran Pampasan) 
Bangunan Perusahaan = 30% (Harga Penilaian - Bayaran Pampasan)