Pengumuman

​PERMOHONAN MENGUBAH KATEGORI PENGUNAAN DAN SYARAT NYATA ‘NIL’ ATAU ‘TIADA’

PERMOHONAN MENGUBAH KATEGORI PENGUNAAN DAN SYARAT NYATA ‘NIL’ ATAU ‘TIADA’ 

Permohonan mengubah kategori penggunaan dan syarat nyata ‘Nil’ atau ‘Tiada’ tidak diluluskan secara otomatik. Oleh yang demikian, pemilik tanah kategori dan syarat nyata ‘Nil’ atau ‘Tiada’ yang MEMILIH untuk memohon hendaklah mengemukakan permohonan lengkap kecuali bagi dokumen yang melibatkan gadaian dan kaveat yang mungkin memerlukan sedikit masa. Pemohon boleh menghantar dahulu dokumen lain bagi mengelakkan kelewatan mengemukakan permohonan sebelum 31 Mei 2020.

Melalui program khas urusan permohonan mengubah kategori penggunaan dan syarat nyata ‘Nil’ atau ‘Tiada’, dokumen yang diperlukan telah pun diringkaskan seperti berikut :-
1. Borang / Surat permohonan (satu muka surat sahaja);
2. Salinan resit bayaran / bukti bayaran cukai tanah secara atas talian bagi cukai tanah tahun 2019 ATAU bil cukai tanah tahun 2020;
3. Salinan hakmilik yang lengkap bersekali dengan pelan tanah;
4. Salinan kad pengenalan pemohon / pemilik;
5. Salinan surat kuasa wakil / surat akuan sumpah sekiranya bukan pemilik sebenar yang memohon;
6. Kebenaran bank (sekianya ada gadaian);
7. Penarikan balik kaveat (sekiranya ada kaveat).

Tiada sebarang bayaran permohonan dan bayaran premium yang akan dikenakan untuk permohonan ini. Bayaran RM20 (Notis 5F) hanya akan dikenakan bagi pengambilan dokumen hakmilik tanah baru yang telah didaftarkan kategori / syarat nyata yang baru.

Pemilik tanah kategori dan syarat ‘Nil’ atau ‘Tiada’ yang MEMILIH untuk memohon mengubah kategori penggunaan dan syarat nyata ‘Nil’ atau ‘Tiada’ pada tahun 2020, tidak perlu membayar cukai tanah tahun 2020 terlebih dahulu sehingga mendapat keputusan permohonan mengubah kategori dan syarat nyata yang baru. Sekiranya bayaran cukai tanah tahun 2020 telah dibuat, maka tiada "refund" akan diberikan.

Permohonan boleh dikemukakan melalui surat atau emel kepada Pejabat Daerah dan Tanah Pekan.  Permohonan melalui email boleh dikemukakan kepada pembangunan.pdtpkn@pahang.gov.my

Permohonan awal sangat digalakkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

PENTADBIR TANAH PEKAN

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 89 kali.


Kembali ke Atas